Pinjaman perumahan selalunya ditolak disebabkan oleh 3 punca utama, iaitu pemohon mungkin mengalami masalah memahami proses, mungkin tidak membuat penyelidikan dengan teliti, atau staf bank mungkin telah melakukan kesilapan. Kami telah menyediakan panduan yang lengkap untuk mengelak semua kerumitan ini, dan memastikan permohonan pinjaman perumahan yang berjaya!

Prestasi pasaran hartanah yang dikatakan perlahan buat masa ini ternyata telah mempengaruhi kadar penolakan pinjaman perumahan oleh bank.
Ramai yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman perumahan dengan peningkatan jumlah permohonan yang ditolak sejak beberapa tahun lepas.